Fungsi

 FUNGSI DAN OBJEKTIF UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

Mengurus perancangan serta pentadbiran peperiksaan dan penilaian peringkat institut, pentadbiran dan pemantauan pelaksanaan penilaian yang merangkumi kerja kursus dan peperiksaan, mengurus penggubalan kertas soalan dan moderasi pemeriksaan skrip jawapan, pelaksanaan analisis keputusan peperiksaan dan analisis item serta pengurusan dan pemantauan pelaksanaa bank item.

A. Teras / Hakiki
  1. Mengurus sistem Peperiksaan dan penilaian Kursus Praperkhidmatan dan, Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Semasa Cuti di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
  2. Mengurus selia bilik kebal Institut.
  3. Mengurus fail berkaitan peperiksaan dan penilaian dan bertanggungjawab terhadap bahan-bahan di Unit Peperiksaan dan menyimpan bahan-bahan peperiksaan.
  4. Memusnahkan bahan peperiksaan dan penilaian yang melebihi jangka hayat yang ditetapkan dalam prosedur kerja.
B. Fungsi Khusus
  1. Mengurus pendaftaran calon peperiksaan dan penilaian.
  2. Mengurus keputusan kerja kursus pelajar.
  3. Menyemak kelayakan calon menduduki peperiksaan.
  4. Menyelaras sesi penggubalan kertas soalan peperiksaan.
  5. Menyelaras sesi moderasi pemeriksaan skrip jawapan.
  6. Mengurus peperiksaan amali, lisan dan bertulis.
  7. Mengurus keputusan peperiksaan pelajar.
  8. Mengurus penyediaan transkrip keputusan peperiksaan.
  9. Mengurus penyediaan sijil dan diploma perguruan. 
  10. Melaksanakan tugas-tugas lain; 
  • Meningkatkan profesionalisme, kecekapan dan kemahiran pensyarah membina item peperiksaan dan mengurus bank item peringkat Jabatan.
  • Meningkatkan profesionalisme pensyarah membuat penilaian dan pengurusan markah kerjakursus dan peperiksaan.
  • Meningkatkan profesionalisme Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian serta semua staf di Unit Peperiksaan dan Penilaian.
  • Menyelaras dan melaksanakan Peperiksaan Program bersama universiti.
  • Menyelaras dan mengurus peperiksaan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM).
  • Membantu BPG sebagai urus setia dalam pengurus peperiksaan.
  • Menyelaras analisis item peringkat Institut.
  • Membantu pengurusan Bank Item peringkat Institut.
C. Objektif Unit
  1. Memastikan proses penggubalan kertas soalan dan Peraturan Memberi Markah dilaksanakan secara teratur dan terkawal dengan menepati format dan Jadual Spesifikasi Ujian serta mengikut prosedur yan ditetapkan.
  2. Memastikan proses penilaian kerja kursus dan taksiran dijalankan secara teratur mengikut prosedur yang ditetapkan.
  3. Memberi panduan dalam perancangan dan pentadbiran peperiksaan,penyediaan dokumen untuk proses pengesahan keputusan peperiksaan dan penilaian kerja kursus secara teratur dan sistematik berdasarkan Manual Prosedur Proses Peperiksaan Pendidikan Guru dan Perintah Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru.
  4.  Memastikan proses pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan bertulis dijalankan secara tekal dan terkawal mengikut panduan moderasi.
  5. memastikan proses penyediaan analisis item, analisis keputusan peperiksaan dan bank item dijalankan secara sistematik dan mengikut peraturan dan langkah keselamatan yang ditetapkan.
  6. sekurang-kurangnya 99.5% pelajar yang menduduki peperiksaan lulus.
  7. memastikan keputusan peperiksaan akhir pentaksiran pelajar untuk penganugerahan diploma dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh rasmi keputusan peperiksaan.

No comments:

Post a Comment